Thursday, September 3, 2009

Pau kelapa melayu ( roti kukus )

Bahan-bahannya;
500gm tepung naik sendiri
11gm yis kering
50gm majerin
Sebiji telur
100gm gula halus dan secubit garam
350 ml susu segar

Bahan untuk inti
Sebiji kelapa parut
300gm gula melaka
Garam secukupnya
2 helai daun pandan
Daun pisang untuk lapisan

Cara-cara membuatnya
Adun tepung,majerin,gula,garam,susu,telur
dalam mangkuk adunan dan uli selama 15 minit.
Bentukkan menjadi bebola besar dan masukkan
kedalam mangkuk adunan serta
tutup mangkuk adunan  dengan tuala lembab
selama 30minit ,

Semasa menunggu adunan naik bolehlah anda
menyediakan intinya, panaskan kuali dengan api kecil
dan cairkan gula melaka dengan secawan air ,
kamudian masukan kelapa serta daun pandan
masukan garam, kacau atau gaul sehinggga
kering dan sejutkan.

Proses seterusnya:
bentukkan adunan menjadi bebola , kemudian setiap bebola
tersebut  dijadikan leper ditapak tangan isikan sesudu inti dan
bentukan balik menjadi bulatan menutupi inti tersebut, lapik
menggunakan daun pisang yang dipotong bulat.
seterus bila semua bebola sudah berinti, masukkan kedalam periuk
kukusan , kukus selama 20 minit...
selamat mencuba

No comments:

Post a Comment