Showing posts with label Cerita-cerita lucu tentang masakan.. Show all posts
Showing posts with label Cerita-cerita lucu tentang masakan.. Show all posts

Saturday, August 29, 2009

Cerita lucu tentang masakan (orang buta yang berlagak celik)

Cerita ini berkisar di sebuah kampung yang terpencil di mana tinggal seorang buta  sememangnya bodoh lagi sombong, baik dari segi percakapan maupun perbuatan dia tidak pernah mengalah dengan orang yang sempurna disekitarnya.Dalam diam sibuta ini jatuh cinta pada seorang gadis yang baru berpindah ketempatnya.Setelah
sekian lama memikat, akhirnya si buta di jemput oleh perempuan tersebut untuk makan tengahari dirumahnya,
Dengan penuh rasa bangga sibuta menerima jemputan tersebut tetapi tidak memberitahu tentang keadaan dirinya
yang tidak dapat melihat itu.
Bila sampai dirumah perempuan tersebut , perempuan itu menghulurkan tangan untuk bersalam,tetapi  sibuta  tidak menyambutnya, lalu bertanyalah perempuan tersebut dengan hairan ,"mengapa abang tidak sudi bersalam dengan saya",jawab sibuta "bukan begitu saudari ,sebenarnya ,kalau bukan muhrim mana boleh  bersentuhan ,berdosa hukumnya...helah lelaki tersebut,pada hal ia tidak nampak" ",oh begitu jawab perempuan tersebut". Dengan tiba-tiba pula sibuta tersebut melanggar tiang seri rumah tersebut sehingga bergegar. Dengan terperanjat perempuan itu bertanya lagi "kenapa abang langgar tiang sebesar tu".
Dengan bersahaja si buta menjawab"ohh sebenarnya abang ingin menguji kekuatan tiang ni..sebab kalau tak kuat, patah ,adik juga yang susah".."oh begitu'' jawab perempuan tersebut.Dan tiba waktu makan bila diperlawa duduk,sibuta tersebut terduduk di lantai  sedangkan perempuan tersebut menyorongkan kerusi kepadanya..helahnya lagi ,kita orang melayu mestilah makan bersila dilantai,menjaga adat katanya..
       Bila dijemput menjamu selera, sibuta terus mengambil makanan yang berada didepannya..lalu disuapnya dengan penuh selera, rupanya yang diambilnya itu adalah sambal chili, merah padam mukanya menahan kepedasan,bila ditanya sibuta berkata"kita mestilah menjaga adat, mesti  mengambil makanan yang berhadapan kita"..begitulah seterusnya ,bila tersalah langkah ada-ada saja alasannya ..moralnya ialah..jadilah diri sendiri dengan seadanya.

Friday, August 28, 2009

Cerita lucu tentang masakan (kisah orang terlebih peramah)

Al kisah  cerita ini terjadi di sebuah perkampungan pada zaman dahulu,mengisahkan ada seorang lelaki yang begitu suka menjamu atau memberi makan kawan-kawan serta jiran tetangganya..tak kira masa dan ketika ,semasa beliau berduit ataupun tidak ,pada suatu hari sedang beliau berihat di halaman rumah,di masa yang sama isterinya sedang memasak, lantas dia menjemput kawannya kerumah untuk menjamu selera tanpa bertanya pada isterinya sama ada makanan yang disediakan mencukupi.Beliau lantas memanggil isterinya supaya menhidangkan makanan , pada masa itu hari  telah beansur malam,ketika itu belum ada letrik,mereka hanya menggunakan pelita minyak tanah, Setelah siap menghidangkan makanan isteri beliau berbisik kepadanya dan memberitahu yang makanan yang dimasaknya tidak mencukupi,tetapi beliau buat acuh tak acuh saja..serta memperlawa kawanya makan sambil tidak putus-putus beliau berkata;" makan,makan,makan... jangan malu ..tambah, tambah ,lagi.."
berulang-ulang disebutkan perkataan tersebut sehingga berkali pula isterinya membisikan pada beliau tentang makanan telah habis..beliau hanya mengulangi perkataan yang sama "hah tambah,tambah, jangan malu..tambah'' dengan penuh geram hati isterinya memadamkan pelita dan dalam suasana yang gelap gelita itu, isterinya mengulangi perkataan tadi. serta mencubit paha beliau sambil berkata ,"saya cakap makanan dahh haabisss..'' dan dengan serta merta kedegaran suara yang berkata dalam kesakitan '' haah haah ,saya pun kenyang dah..cukup dah tak mahu tambah dah...haah haah''. Anda tahu sebenarnya dalam keadaan yang kelam kabut dan marah isteri lelaki tersebut tersalah arah dan berbisik serta mencubit tetamu beliau ,bukan suaminya..hi,hi, hi..Moral dan pengajaran yang kita dapati disini ...apa perbuatan hendaklah bersederhana dan jangalah berlebihan.