Showing posts with label Pastry melayu dan barat. Show all posts
Showing posts with label Pastry melayu dan barat. Show all posts

Thursday, September 3, 2009

Pau kelapa melayu ( roti kukus )

Bahan-bahannya;
500gm tepung naik sendiri
11gm yis kering
50gm majerin
Sebiji telur
100gm gula halus dan secubit garam
350 ml susu segar

Bahan untuk inti
Sebiji kelapa parut
300gm gula melaka
Garam secukupnya
2 helai daun pandan
Daun pisang untuk lapisan

Cara-cara membuatnya
Adun tepung,majerin,gula,garam,susu,telur
dalam mangkuk adunan dan uli selama 15 minit.
Bentukkan menjadi bebola besar dan masukkan
kedalam mangkuk adunan serta
tutup mangkuk adunan  dengan tuala lembab
selama 30minit ,

Semasa menunggu adunan naik bolehlah anda
menyediakan intinya, panaskan kuali dengan api kecil
dan cairkan gula melaka dengan secawan air ,
kamudian masukan kelapa serta daun pandan
masukan garam, kacau atau gaul sehinggga
kering dan sejutkan.

Proses seterusnya:
bentukkan adunan menjadi bebola , kemudian setiap bebola
tersebut  dijadikan leper ditapak tangan isikan sesudu inti dan
bentukan balik menjadi bulatan menutupi inti tersebut, lapik
menggunakan daun pisang yang dipotong bulat.
seterus bila semua bebola sudah berinti, masukkan kedalam periuk
kukusan , kukus selama 20 minit...
selamat mencuba

Croissant

Bahan-bahannya
100gm tepung berprotein tinggi ( tepung roti )
400gm tepung gandum biasa
340gm magerin pastry atau butter
15gm yis kering
Sebiji telur di bancuh dengan 2 sudu air
15gm garam
90gm gula halus

Cara-caranya :
semua bahan tadi di adun dan diuli  selama 15minit,
(kecuali magerin atau butter) setelah bahan tadi sebati,
bentuk menjadi bebola besar ,masukan kedalam bekas
tutup dengan tuala basah selama 1jam .Seterusnya
uli doh menjadi empat segi dan bungkus magerin macam
sampul surat dan lipat sekali lagi (untuk memudahkan proses
selalu tabur tepung, supaya doh tidak melekat , bungkus doh
dengan plastik ,sejukkan didalam peti ais selama 30 minit.

 2 . langkah seterusnya , keluarkan doh dari peti sejuk dan uli
lagi menjadi empat segi tepat dan lipat menjadi tiga , bungkus
balik dengan plastik dan masukan lagi kedalam peti sejuk selama
30 minit.


 3. setererusnya keluarkan dari peti sejuk, ikuti langkah  ke 2,
masukkan kedalam peti sejuk semalaman.

 4 . keluarkan doh , potong menjadi dua bahagian, uli setiap
doh menjadi empat segi tepat, setelah itu bentukkan menjadi
segi tiga kecil sebanyak yang boleh ( jangan terlalu kecil )
dan gulung, aturkan kedalam  dulang pembakar ,biarkan
ia naik sekali ganda, bakar  selama 15 minit pada suhu
 180c. Selamat mencuba.