Wednesday, September 9, 2009

Nasi kerabat ( kuning )

Bahan-bahannya
Sekilo beras biasa
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 batang serai
Setengah tin susu cair
Minyak sapi
2 helai daun pandan
Buah pelaga,bunga lawang,bunga chengkih
dan kayu manis
Segenggam biji gajus yang telah digoreng
Sukatan air sama dengan beras.

Cara-cara membuatnya :
semua jenis bawang , halia dan serai dikisar halus
tumis bahan-bahan diatas sehingga kekuningan.
masukan segala rempah , daun pandan  serta tuangkan
air serta masukan beras , (hendaklah sentiasa di kacau )
setelah nasi masak, masukan pewarna kuning gaul sehingga
rata serta akhir sekali  taburkan biji gajus diatasnya.

2 comments:

  1. alamak chefff.... rupanya

    nasi kerabat ni resepi brunei ker???

    ni kena belajar ni...

    tapi kena tunggu habis morning sickness dulu

    yatie.. sawanila.com

    ReplyDelete
  2. bukan resepi brunei..tapi resepi rekaan saya..tapi insyAALLAH NYAMANNN(SEDAP BAHASA BRUNEI)..MAKASIH KERANA MASUK KEDAI SAYA..HIHI SALAM..

    ReplyDelete