Friday, August 28, 2009

Cerita lucu tentang masakan (kisah orang terlebih peramah)

Al kisah  cerita ini terjadi di sebuah perkampungan pada zaman dahulu,mengisahkan ada seorang lelaki yang begitu suka menjamu atau memberi makan kawan-kawan serta jiran tetangganya..tak kira masa dan ketika ,semasa beliau berduit ataupun tidak ,pada suatu hari sedang beliau berihat di halaman rumah,di masa yang sama isterinya sedang memasak, lantas dia menjemput kawannya kerumah untuk menjamu selera tanpa bertanya pada isterinya sama ada makanan yang disediakan mencukupi.Beliau lantas memanggil isterinya supaya menhidangkan makanan , pada masa itu hari  telah beansur malam,ketika itu belum ada letrik,mereka hanya menggunakan pelita minyak tanah, Setelah siap menghidangkan makanan isteri beliau berbisik kepadanya dan memberitahu yang makanan yang dimasaknya tidak mencukupi,tetapi beliau buat acuh tak acuh saja..serta memperlawa kawanya makan sambil tidak putus-putus beliau berkata;" makan,makan,makan... jangan malu ..tambah, tambah ,lagi.."
berulang-ulang disebutkan perkataan tersebut sehingga berkali pula isterinya membisikan pada beliau tentang makanan telah habis..beliau hanya mengulangi perkataan yang sama "hah tambah,tambah, jangan malu..tambah'' dengan penuh geram hati isterinya memadamkan pelita dan dalam suasana yang gelap gelita itu, isterinya mengulangi perkataan tadi. serta mencubit paha beliau sambil berkata ,"saya cakap makanan dahh haabisss..'' dan dengan serta merta kedegaran suara yang berkata dalam kesakitan '' haah haah ,saya pun kenyang dah..cukup dah tak mahu tambah dah...haah haah''. Anda tahu sebenarnya dalam keadaan yang kelam kabut dan marah isteri lelaki tersebut tersalah arah dan berbisik serta mencubit tetamu beliau ,bukan suaminya..hi,hi, hi..Moral dan pengajaran yang kita dapati disini ...apa perbuatan hendaklah bersederhana dan jangalah berlebihan.

No comments:

Post a Comment