Sunday, August 23, 2009
Sepatah kata serta pendapat tentang resepi masakan ...
Salam..Kepada anda yang saya hormati, terlebih dahulu makasih kerana sudi masuk keruangan ini.. bagi saya masakan atau resepi adalah satu perkara yang subjekif dan bergantung kepada kreativiti seseorang...more gifted more hardworking more awesome...Contohnya laksa ,lain negeri maka berlainanlah laksa dan bahannya..tapi tetap namanya laksa..dengan ini anda sendiri pun boleh mencipta laksa anda sendiri..hanya dengan menambah serta menukar bahan-bahannya..contoh kalau ditempat anda susah untuk mendapatkan laksa beras ,mungkin boleh digunakan spagetti, bunyinya agak ganjil tapi berhasil, selamat mencuba. Jadi dalam keadaan ini kreativiti memainkan peranan yang penting, selagi anda tidak menambah dan memasukkan bahan yang tidak logik..InsyaAllah ia berjaya. Saya bukan ingin menunjuk pandai tetapi setelah bertahun di perantauan, ketidaksamaan dan ketiadaan bahan-bahan antara satu tempat kesatu tempat yang lain menjadikan anda terpaksa kreatif..contohnya jika anda ingin membuat tommyam di tempat yang tidak mempunyai limau nipis... jadi anda boleh menggunakan jus-jus yang lain, seperti jus lemon atau asam jawa tapi lebihkan penggunaan daun limau..untuk aroma dan anda masih lagi mendapat rasa yang hampir sama..jika anda mempunyai sebarang komen tentang idea tersebut , silakanlah menghantarkan sebarang pendapat ..saya bergitu menghargainya..Terima kasih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment